Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bangkai Gajah Ditemui Dipercayai Dibunuh Pemburu Gading

$
0
0

PEDU 03 MAY 2016. Amir Wahab melihat bangkai gajah yang ditemui di Cherok Gid, Tasik Pedu dipercayai mati dibunuh pemburu gading. NSTP/AMRAN HAMID

 

PEDU: Seekor gajah dewasa dipercayai mati dibunuh sebelum gadingnya dicuri pemburu haram di gigi tasik di Cherok Gid, Tasik Pedu, di sini petang tadi.

Difahamkan, gajah terbabit dipercayai mati lebih dua minggu berdasarkan keadaan bangkai yang sudah reput.

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan dan Penternak Tasik Pedu, Amir Wahab, berkata bangkai terbabit ditemui ketika membawa sekumpulan pemancing melakukan aktiviti pada cuti sambutan Hari Pekerja, kelmarin.

Katanya, mereka yang pelik keadaan bangkai terbabit kemudian membuat keputusan untuk melihat lebih dekat.

“Kami semua terkejut kerana gajah terbabit mati dalam keadaan terlentang manakala gading gajah terbabit hilang dengan mempunyai kesan potong yang cantik.

“Tindakan terbabit mungkin dilakukan pemburu haram gading gajah yang sudah merancang berikutan ketiadaan kawalan keselamatan di kawasan tasik ini serta menjadikan jeti resort lama yang tidak dipantau pihak berkuasa sebagai jalan keluar,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian di sini, petang tadi.

Amir berkata, pihaknya percaya tindakan tidak bertanggung jawab terbabit dilakukan orang luar yang hanya memikirkan keuntungan sementara. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082