Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Dalang Sindiket Curi 4WD

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki disyaki dalang kumpulan sindiket curi pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai aktif di sekitar pantai timur ditahan ketika cuba meloloskan diri di Kampung Teluk Tasik Guntung, Setiu, petang semalam.

Suspek berusia 30 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor, itu dikatakan melarikan sebuah 4WD yang diletak berhampiran restoran makanan segera di Batu Burok, di sini, bersama dua rakan warga Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata kejadian disedari pemilik kenderaan berkenaan selepas mendapati 4WD miliknya hilang sebelum membuat laporan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, maklumat berkenaan disebarkan ke semua daerah di negeri ini sebelum kenderaan terbabit dikesan di Bandar Permaisuri, Setiu oleh unit peronda MPV pada kira-kira jam 3 petang.

“Kenderaan berkenaan dikejar sehingga ke Kampung Teluk Tasik Guntung sebelum suspek berhenti di kawasan ladang kelapa sawit dan cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, seorang suspek warga tempatan berjaya ditahan manakala dua rakannya melarikan diri di ladang berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, identiti seorang rakan suspek dikenal pasti susulan penemuan pasport milik lelaki itu dalam kenderaan terbabit.

“Polis giat menjejak suspek warga Thailand berusia 34 tahun yang dikenali sebagai Sobree Palakmuming untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082