Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Diculik Ah Long Gara-Gara Gagal Membayar Hutang

$
0
0

sukarelawan-asal-australia-diculik-di-afghanistan-qt8

 

JOHOR BAHRU 6 Mei – Seorang lelaki diculik oleh tiga ceti haram atau ah long kerana gagal membayar hutangnya tetapi berjaya diselamatkan kurang empat jam selepas kejadian di sebuah stesen minyak di Larkin, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa yang berusia 32 tahun dan adiknya sedang berurusan dengan ketiga-tiga suspek di stesen minyak berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berhutang sebanyak RM3,000, namun perlu membayar RM7,000 tetapi gagal menyerahkan wang berkenaan menyebabkan dia dilarikan ketiga-tiga suspek yang berusia antara 22 hingga 57 tahun dengan sebuah kereta Honda Accord.

“Adik mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis kemudian melancarkan Operasi Tutup dan Operasi Kesan sebelum berjaya menahan dua suspek dan menyelamatkan mangsa di Skudai pukul 5.30 petang hari yang sama,” kata dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082