Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sarjan Tentera Didakwa Cuba Bunuh Anggota Komando

$
0
0

MELAKA 06 MAY 2016. ( MB739N / tuduh ) Seorang anggota tentera berpangkat sarjan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh atas dakwaan cubaan membunuh seorang komando dari Kem Sungai Udang yang ditemui cedera parah dan bergari di Sungai Timun, Negeri Sembilan, 17 April lalu. STR/MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

 

AYER KEROH: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang komando dari Kem Sungai Udang di Sungai Timun, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Sarjan Sapudin Bolek, 42, dari Pusa, Sarawak, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mengikut pertuduhan, Sapudin bersama tujuh lagi rakannya yang masih bebas, didakwa memukul Koperal Mohd Daud Karim, 26, dan cuba membunuh mangsa di Kampung Sungai Timun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Peruna, Sungai Udang di sini, jam 12.50 tengah malam, 17 April lalu. Sapudin didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca mengikut Seksyen 307 KK dan boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen dan kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan denda dan mencederakan seseorang, boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin tidak menawarkan jaminan kerana kes itu menjadi viral di media sosial. Peguam bela, Haslinda Abu Bakar memohon ikat jamin dengan alasan mahkamah tidak boleh prejudis terhadap tertuduh dengan menjadikan media sebagai rujukan, selain tertuduh masih menanggung isteri dan lima anak.

Selepas mendengar permohonan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 8 Jun depan untuk tarikh sebutan semula kes. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082