Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

SPRM Kelantan Tahan 2 Anggota Polis Terima Rasuah

$
0
0

image

 

SHAH ALAM –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua anggota polis di Kota Bahru kira-kira jam 11.55 malam, semalam kerana disyaki menerima rasuah.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, kedua-dua anggota polis berpangkat Sarjan yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan kerana dipercayai menerima suapan bernilai RM200 bagi melepaskan orang awam yang tidak memiliki kad pengenalan.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” kata kenyataan SPRM itu.

Sementara itu, Hakim Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin membenarkan kedua-dua anggota polis tersebut direman selama enam hari bermula hari ini. -SinarOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles