Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Nekad Bunuh Diri Kerana Merajuk Dengan Bapa

$
0
0

pemilik-salon-yopie-gantung-diri

 

YAN – Gara-gara merajuk dengan bapa kerana mahu menjual motosikalnya, seorang pemuda berusia 21 tahun maut selepas menggantung diri menggunakan paip getah di biliknya, di Kampung Sungai Kering, di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Muhamad Shahidan Husain merajuk dengan bapanya kerana hendak menjual motosikalnya disebabkan tidak cukup duit untuk meneruskan hidup mereka sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tergantung dengan paip getah dan terdapat kesan jerutan di leher mangsa.

“Berdasarkan, hasil temubual dengan bapa si mati memaklumkan kali terakhir bercakap dengan anaknya kira-kira jam 9 pagi tadi. Ketika itu, dia memberitahu anaknya terpaksa jual motor kerana nak tampung hidup.

“Kemudian, mangsa menjawab dengan nada merajuk untuk menjual semua barang yang ada. Kemudian, dipercayai dia masuk ke bilik dan kunci. Walaupun, bapanya memanggil beberapa kali, namun mangsa tidak menjawab.

“Bapa mangsa kemudian memanjat bilik anaknya dan ternampak anaknya dalam keadaan tergantung,” katanya.

Muhamad Halim berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas si mati.

Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Yan untuk dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya. -SinarOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082