Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Peniaga Telefon Bimbit Parah Ditetak Ketika Bergelut Dengan Perompak

$
0
0

parang-600x360

 

PORT DICKSON: Seorang pemilik sebuah kedai telefon bimbit di bandar ini, cedera parah, ditetak ketika bergelut dengan dua perompak, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun bersama adik perempuannya berada dalam kaunter kedai itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata dua lelaki datang ke kedai itu dan berpura-pura hendak membeli telefon bimbit.

Katanya, seorang daripada dua lelaki terbabit, tiba-tiba mengambil sebuah beg di atas kaunter menyebabkan mangsa bergelut dengannya untuk merampas semula beg itu.

“Seorang lagi lelaki kemudian menetak kepala mangsa dan mereka melarikan diri bersama beg itu yang dipercayai mengandungi barang berharga,” katanya di sini, hari ini.

Adzli berkata, dua suspek terbabit menunggang sebuah motosikal Honda EX5 hitam, manakala mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, untuk dirawat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dilakukan untuk memburu kedua-dua suspek. BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles