Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Berjaya Kenalpasti Identiti Suspek Letup Mesin ATM Di Kedah

$
0
0

Logo PDRM

 

ALOR SETAR: Polis Kedah mewujudkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom paip yang berlaku di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan, berkata melalui jawatankuasa khas itu juga, pihaknya sudah mengenal pasti tiga hingga empat suspek disyaki terbabit dalam kegiatan itu, yang dipercayai masih berada dalam negeri ini.

“Kita sudah dapat keputusan yang boleh membantu polis menangani kes pecah atau meletupkan mesin ATM dan ia (siasatan) juga sudah selesai.

“Kita percaya dengan kerjasama orang ramai, suspek akan berjaya ditangkap dalam masa terdekat kerana kita percaya mereka masih berada di sekitar Kedah,” katanya selepas melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (AMANITA) di Taman Utama, dekat sini, sebentar tadi.

Pada 26 April lalu, mesin ATM di sebuah bank di pekan Jitra, dekat sini, diletupkan menggunakan bom paip, sebelum penjenayah berjaya melarikan wang tunai RM300,000.

Kejadian itu yang kedua berlaku selepas letupan mesin ATM di sebuah bank di Simpang Kuala, dekat sini, yang menggunakan modus operandi sama, Februari lalu.

Sementara itu, Abd Jalil ketika mengulas mengenai taman angkat AMANITA itu, berkata pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan sehingga 80 peratus lagi konsep sama di kawasan perumahan di daerah Kota Setar.

“Kita percaya suri rumah boleh berperanan mengurangkan indeks jenayah di kawasan masing-masing dengan melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak polis.

“Melalui penubuhan taman angkat ini, setiap suri rumah yang kita tahu mempunyai sikap prihatin terhadap persekitaran, akan diberikan nombor telefon pegawai polis bertugas dan mereka boleh melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan masing-masing,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082