Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Perintah Berkurung Di ESSCOM Dilanjutkan Hingga Isnin

$
0
0

image

Perintah berkurung di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir jam 7 malam esok dilanjutkan bermula jam 7 malam, Isnin ini hingga 12 Januari tahun depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perintah berkurung yang ke-34 itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Perintah berkurung yang ke-33 sedang berjalan sekarang dan tamat pada jam 7 malam esok

“Adalah dimaklumkan bahawa saya mengisytiharkan perintah berkurung yang baharu bilangan ke-34 akan bermula jam 7 malam pada Isnin, 28 Disember dan berkuatkuasa selama 24 jam mengikut Seksyen 31(1) Akta Polis 1967.

“Perintah berkurung ini akan dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk selama 14 hari mengikut Seksyen 31(4) Akta polis 1967 dari 29 Disember ini hingga 12 Januari 2016,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah melanjutkan perintah berkurung di kawasan terbabit adalah untuk memastikan kawasan perairannya tidak dicerobohi pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik dan pelancong. 

Katanya, langkah itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan daratan di kawasan ESSZONE.

“Perintah berkurung ini juga diteruskan bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta aktiviti perikanan dengan kehadiran aset pasukan keselamatan,” katanya.

Jalaluddin berkata, ketua polis daerah di kawasan ESSZONE diberi kuasa untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082