Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

19 Individu Termasuk 2 Pegawai Imigresen Ditahan Kes Seludup Migran

$
0
0

2000_TJAMANITA 8

 

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Imigresen antara 19 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Lanka ke negara ketiga melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat menerusi operasi oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 12 April lalu hingga Jumaat lalu.

Katanya, sindiket menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dipalsukan untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland dan semua tangkapan dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdanganan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Enam ditahan adalah rakyat Malaysia, iaitu dua pegawai Imigresen, tiga ‘runner’ dan seorang ejen. Sepuluh lagi warga Sri Lanka terdiri daripada lima migran, tiga ejen dan dua fasilitator, manakala tiga lagi warga India berperanan sebagai ejen.

“Hasil siasatan mendedahkan sindiket membeli PMA tulen pada harga antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap satu daripada pemilik pasport kalangan warga India tempatan yang mempunyai iras atau hampir sama dengan wajah migran Sri Lanka untuk dipalsukan bagi kegunaan migran terbabit ke negara ketiga.

“Sindiket seterusnya akan menguruskan laluan mudah kepada migran terbabit dengan bantuan pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA dengan bayaran antara RM150 hingga RM350 setiap migran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, warga Sri Lanka yang diseludup keluar akan menggunakan pasport Sri Lanka dan pas penerbangan tulen, menunjukkan mereka akan pulang ke negara asal.

Katanya, sebaik tiba di kawasan satelit, sindiket akan menyerahkan PMA palsu berserta pas penerbangan ke Belanda, seterusnya ke Switzerland, dengan bayaran RM60,000. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082