Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Siasat Kes Warden Pijak Pelajar

$
0
0

warden_Pijak_pelajar_1005_620_451_100

 

KUALA LUMPUR- Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video viral di laman sosial baru-baru ini yang memaparkan seorang warden asrama lelaki bertindak memukul seorang pelajar di Asrama Kasih, Kolej Vokasional di Sungai Buloh, Selangor pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar berusia 16 tahun itu dipercayai dipijak kerana ditangkap kerana hendak menghisap rokok di kawasan tangga dalam kawasan kolej berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar dalam satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut.

“Polis telah menerima satu laporan polis daripada mangsa yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada pagi ini. Kami memandang serius insiden tersebut dan akan memulakan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

“Oleh itu, polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan teliti. Masyarakat juga diminita untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai inseden terbabit,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya sebelum ditangkap oleh warden asrama tersebut.

Menerusi klip video berdurasi 1.21 minit itu, beberapa pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu menenangkan warden tersebut daripada terus memukul mangsa.

Insiden tersebut menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat khususnya pengguna media sosial yang menyifatkan pelajar tersebut perlu dikenakan tindakan tatatertib tetapi mempersoalkan tindakan warden tersebut yang dianggap keterlaluan. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082