Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mesin ATM Di Membakut Musnah Diletupkan Perompak

$
0
0

11atm.transformed

 

MEMBAKUT: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Membakut di sini, diletupkan perompak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu pejabat bank berkenaan kira-kira jam 2 pagi yang memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik menerima panggilan, kami menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan mendapati sebuah mesin ATM musnah akibat diletupkan.

“Bagaimanapun, jumlah kerugian termasuk wang yang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi. Ini kes pertama mesin ATM diletupkan di daerah ini. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles