Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 2 Individu Bantu Siasatan Kes Mayat Dalam BMW

$
0
0

mayytpuc.transformed_0

 

SHAH ALAM: Dua lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang lelaki di lombong Tasik Puchong, Taman Maju Jaya, Puchong, Ahad lalu. Suspek warga Bangladesh berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan kelmarin di sekitar kawasan lombong berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek yang masing-masing bekerja sebagai penjaga kebun dan pekerja sangkar ikan di lokasi kejadian, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, suspek ditahan untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki dalam but kereta mewah jenis BMW yang tenggelam di bekas lombong di Tasik Puchong. “Mereka direman hingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis giat mengesan beberapa lagi suspek berkaitan kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini. Mohd Adnan berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan di kepala dan dada.

Ahad lalu, sebuah BMW dikesan terbenam dalam lombong Tasik Puchong, Taman Maju Jaya sebelum mayat seorang lelaki yang mulai reput ditemui dalam but kenderaan berkenaan. Difahamkan, kereta berkenaan terjunam ke dalam tasik lima hari sebelum ditemui pihak berkuasa. BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082