Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Cemas Hampir Dirogol Di Tandas Stesen Minyak

$
0
0

image

 

RAWANG – “Awak salah tandas ke? Dia jawab tak.. terus dia tarik saya ke dalam dan cuba buat sesuatu kepada saya,” kata ibu anak yang hampir rogol menjadi ‘viral’ di media sosial sejak malam tadi.

Mangsa berdepan detik cemas apabila mendakwa hampir diperkosa individu tidak dikenali sewaktu menggunakan tandas di stesen minyak di Bandar Rawang, di sini dalam kejadian jam 10 malam itu.

Mangsa, berkata, dia singgah ke tandas itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa selepas membeli kek hari lahir buat ayahnya.

Menurutnya, ketika dia masuk ke tandas terdapat seorang lagi wanita di dalamnya sedang membetulkan tudung di cermin, manakala pintu tandas di bahagian tengah pula berkunci.

“Masa dalam tandas saya dengar pintu depan ditutup perlahan, memang rasa dah tak sedap hati tapi beranikan diri untuk keluar kerana tak mahu tunggu lama di situ.

“Buka saja pintu seorang lelaki berbadan gempal dan tinggi lebih kurang 166cm menunggu di depan tanpa pakaian dan seluarnya tidak berzip menolak saya masuk ke dalam tandas,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia menjerit meminta pertolongan, namun suaranya tenggelam disebabkan muzik kuat yang dipasang stesen minyak tersebut.

“Dia cuba kunci tangan saya dan masa itulah saya larikan diri keluar dari tandas. Mulanya dia mengejar tapi selepas saya menjerit minta tolong dia lari ke arah kedai.

“Dia lari tanpa selipar dan baju yang ditinggalkan di tandas. Tiada bau alkohol yang menunjukkan dia mabuk dan ada tatu di badannya.

“Mungkin dia berada dalam salah satu tandas yang berkunci, bila dah tiada orang baru dia keluar dan tutup pintu utama,” katanya.

Katanya, susulan daripada kejadian itu dia mengalami cedera ringan, lebam di bahagian kaki dan tangan sewaktu bergelut menyelamatkan diri.

“Kejadian kurang lima minit dan tak sangka langsung boleh jadi macam ni sedangkan kawasan tersebut terang.

“Laporan polis dibuat dan berharap orang awam terutama wanita lebih berhati-hati menggunakan tandas awam terutama waktu malam dengan tidak bersendirian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan tiada tangkapan di buat pada masa ini.

Katanya. kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -SinarOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082