Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Siasatan Kes Warden Pijak Pelajar Hampir Lengkap

$
0
0

warden_Pijak_pelajar_1005_620_451_100

 

SHAH ALAM: Siasatan kes seorang pelajar cedera dibelasah warden asrama di sebuah vokasional di Sungai Buloh, baru-baru ini yang sudah menjadi viral, hampir lengkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, tiada penahanan dilakukan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. “Kes dianggap hampir selesai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 14 saat itu menunjukkan seorang lelaki menendang remaja berkenaan di tangga sebuah bangunan sebelum beberapa individu lain dilihat datang menarik mangsa dan menenangkan lelaki yang mencederakannya.

Turut kedengaran, individu berkenaan meminta lelaki itu yang dipanggil ‘cikgu’ untuk bersabar. Difahamkan, kejadian itu pada 3 Mei lalu, namun hanya tersebar sejak kelmarin di Facebook. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082