Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 4 Anggota Geng Shahrul Terlibat Kes Curi Motosikal

$
0
0

Logo PDRM

 

SUNGAI BULOH – Polis berjaya memberkas empat anggota ‘Geng Shahrul’ termasuk ketuanya disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di daerah ini dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Kampung Paya Jaras, di sini pada 30 April lalu.

Dalam serbuan pertama pada pukul 4.30 petang itu, polis berjaya menahan salah seorang anggota geng berkenaan semasa suspek sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan cegah jenayah dilakukan di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal yang digunakan suspek adalah motosikal curi.

“Susulan itu, hasil siasatan lanjut terhadap suspek tersebut, polis kemudiannya berjaya menahan tiga lagi anggota geng tersebut di kawasan sama pada pukul 8 malam.

“Menerusi soal siasat yang dijalankan berjaya menemui 14 rangka dan komponen motosikal curi pelbagai jenis seperti Honda EX5, Yamaha 135LC dan Honda C100 yang dianggarkan bernilai RM30,000 yang dibuang di dalam sungai dan semak di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082