Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Banteras ‘Geng Couple’ Samun Bersenjata Di Melaka

$
0
0

Logo PDRM

 

JASIN – Polis menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri masing-masing berusia 17 dan 16 tahun dipercayai terlibat dalam jenayah samun bersenjata melibatkan warga emas dan warga asing di sini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, suami itu ketua kumpulan dikenali ‘Gang Couple’ dan isterinya ditahan berhampiran asrama pekerja sebuah kilang di Merlimau di sini pada 4 Mei lepas kira-kira 1.30 petang. ‎

Beliau berkata susulan tangkapan tersebut, tiga lagi ahli kumpulan berkenaan kesemuanya lelaki berusia 15, 20 dan 21 tahun ditahan di sekitar kawasan Serkam di sini dan Merlimau beberapa jam kemudian.

“Kumpulan penjenayah ini dipercayai terlibat dalam tiga kes samun bersenjata melibatkan kerugian RM10,000 selain merupakan kumpulan yang dikehendaki dalam tiga kes jenayah termasuk pecah rumah sejak 2014.

“Mangsa kumpulan samun bersenjata ini terdiri daripada dua warga emas wanita berusia 73 dan 78 tahun serta dua lelaki Bangladesh berusia 22 dan 42 tahun,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sampornak berkata modus operandi kumpulan tersebut ialah isteri ketua geng berkenaan akan berhenti di hadapan rumah mangsa dan berpura-pura menangis untuk menagih simpati sebelum suaminya, rakan kumpulan tersebut, menghampiri mangsa dan meragut mereka.

Katanya selain itu, geng berkenaan juga mengikat mangsa dan mengugut dengan senjata agar mangsa menyerahkan barangan berharga mereka bagi mengelak dicederakan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketua geng berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan memiliki barang curi dan pecah rumah manakala ahli kumpulan itu yang berusia 20 dan 21 tahun memikili rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan samun.

Katanya, empat daripada ahli kumpulan itu positif metaphetamine dalam ujian saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles