Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Suami Isteri Pukul, Rakam Gambar Bogel Pekerja Diburu Polis

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit memukul dan merakam gambar bogel tiga pekerja wanita mereka ketika berada di asrama pekerja di Kepong, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Nikkie Tan dan Brenda Tan, diburu bagi membolehkan siasatan dibuat.

“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian itu, ketiga-tiga mangsa wanita ini dituduh mencuri duit syarikat sebanyak RM18,000 sebelum majikan mereka bertindak memukul dan merakam gambar bogel.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap mangsa,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082