KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mulut dan kakinya diikat dengan kain di sebuah kondominium mewah, di Sri Hartamas, di sini, tengah hari semalam.
Mayat mangsa berusia 47 tahun itu ditemui pada jam 12.17 tengah hari oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk mengetahui khabar mangsa selepas dia gagal dihubungi sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata sebelum ini pemilik rumah berkenaan datang untuk menemui mangsa namun tiada orang yang menjawab.
“Bagaimanapun, siang tadi pemilik rumah nekad untuk memecah pintu selepas merasakan ada sesuatu yang mencurigakan. “Sebaik memasuki rumah, dia melihat penyewanya itu terbaring tanpa pakaian manakala kemaluannya ditutup dengan kain,” katanya. -BHOnline