Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Patah Kaki Tersepit Pintu Lif

$
0
0

elevator

 

KUALA LUMPUR: Sebuah lif di Wisma MCA Jalan Ampang di sini terkandas menyebabkan lima individu terperangkap dengan seorang daripada mereka patah kaki selepas tersepit pada pintu lif, pagi tadi.

Bomba yang menerima laporan kejadian itu pada jam 8.40 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mangsa yang patah kaki adalah seorang lelaki berusia 50-an tahun, manakala mangsa lain termasuk tiga wanita, selamat.

“Mangsa patah kaki kanan akibat tersepit pada pintu lif yang terkandas di tingkat bawah (GF).

“Pihak berwajib akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles