Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 2 Remaja Aktif Samun Bersenjata

$
0
0

samun.transformed

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua remaja lelaki berusia 15 dan 17 yang dipercayai mendalangi beberapa kes samun bersenjata menggunakan senjata tajam di sekitar Wangsa Maju, Jumaat lalu.

Penahanan kedua-dua suspek dilakukan susulan siasatan dijalankan terhadap satu kes samun yang berlaku di Stesen LRT Damai, Jalan Datuk Keramat pada awal bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Mat Zani Che Ali, berkata polis turut merampas 34 buah telefon bimbit yang dijual oleh suspek di dua premis menjual telefon bimbit di sekitar ibu negara.

“Kesemua telefon bimbit berkenaan dipercayai hasil samun penjenayah bawah umur ini yang aktif melakukan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kita turut menahan tiga pekerja di dua premis menjual telefon bimbit berkenaan untuk membantu siasatan.

Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, tadi. Katanya, kesemua suspek kini direman hingga 20 Mei ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun sama.

Sementara itu, polis menahan enam suspek termasuk dua wanita yang dipercayai aktif mendalangi kegiatan ragut di sekitar ibu negara susulan penahanan seorang suspek yang meragut seorang wanita di hentian bas Jalan Tun Razak, semalam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, kebetulan sepasukan anggota polis sedang menjalankan rondaan di kawasan itu sebelum terlihat dua lelaki bermotosikal meragut seorang wanita.

“Menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun dia akhirnya ditahan, manakala rakannya berjaya meloloskan diri. Hasil soal siasat ke atasnya, kita menyerbu sebuah bilik di Wisma Indah di sini, dan menahan lima individu yang dipercayai rakan subahat suspek,” kata Mat Zani.

Katanya, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 19 tahun kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles