Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sekolah Rugi RM40,000 Dirompak Penyamun Bersenjata

$
0
0

Rampok-topeng-hitam

 

KLANG – Dua pengawal keselamatan berdepan detik cemas selama hampir tiga jam apabila diikat tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian samun di sekolah rendah di Jalan Bukit Kuda, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, tiga suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang sekolah sebelum mengikat dua pengawal keselamatan terbabit di kantin sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, kedua-dua pengawal keselamatan diikat di tangan dan kaki selain salah seorang daripada mereka di cederakan di kepala.

“Suspek telah memecah masuk ke pejabat dewan sekolah dan bilik guru besar dengan cara mengumpil pintu sebelum berjaya mengambil wang tunai lebih RM30,000 daripada peti besi di kedua-dua pejabat tersebut.

“Selain itu mereka turut melarikan barangan lain termasuk dekoder televisyen litar tertutup (CCTV) yang mengakibatkan jumlah kerugian hampir RM40,000,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK). – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles