Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penulis Blog Hadapi Tuduhan Muat Naik Gambar Palsu PM

$
0
0

ilustrasi-sidang-1

 

KUALA LUMPUR 18 Mei – Seorang penulis blog sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan memuat naik gambar palsu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook miliknya, tahun lalu.

Abdul Muhaimin Mohd. Muhayedin, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Lelaki yang memakai baju kemeja dan berseluar jeans putih didakwa melakukan perbuatan tersebut di Blok A, Tingkat 5, Nombor 8, Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang dekat sini, kira-kira pukul 9.45 pagi, 20 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles