PORT DICKSON: Seorang pemain golf maut selepas terjatuh bersama buggy ke dalam parit besar berlumpur di Port Dickson Golf Country Club di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Ghafar Mohamad Ali, 63, tersembam dan terhimpit dalam lumpur kira-kira lima minit sebelum dapat ditarik keluar oleh rakan dan beberapa pemain golf lain.
“Selepas lima minit, baru buggy itu dapat diangkat dan dia ditarik keluar dalam keadaan berselut. Kepalanya terbenam dalam lumpur. Dia kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson, namun pegawai perubatan mengesahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad, mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. “Mayat mangsa akan dibedah siasat esok bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya. -BHOnline