Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bekas Pekerja Bank Mengaku Tidak Bersalah Atas 50 Pertuduhan Menipu

$
0
0

ilustrasi-sidang-1

 

KULIM 19 Mei – Seorang bekas kakitangan bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas 50 pertuduhan menipu melibatkan wang berjumlah RM63,700.

Tertuduh, Ahmad Fauzan Farhan Mohd. Aisha, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Majistret R. Manomani.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya seorang peniaga perabot Ng Chun Huat, 27, untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun miliknya dengan meyakinkan mangsa bagi mendapatkan pinjaman peribadi berjumlah sehingga RM300,000 daripada sebuah bank.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Disember 2015 hingga April tahun ini. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082