Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Honda Civic Terbabas, 1 Maut, 3 Lagi Parah

$
0
0
image

Sumber Utusan

Seorang wanita maut manakala tiga lelaki parah selepas kereta yang dinaiki dari arah Petaling Jaya menghala pusat bandar terbalik di susur keluar ke Midvalley Megamall di Lebuh Raya Persekutuan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, penumpang tempat duduk hadapan, Nurshahira Ishak, 19, maut di tempat kejadian manakala pemandu, Ahmad Fawwaz Alias, 28, dan dua lagi penumpang di tempat duduk belakang iaitu, Khairul Azuan Zakiruddin, 34, Khairul Hakim Zakiruddin, 19, cedera parah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden S. Markandan berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Honda Civic yang dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Ujarnya, ekoran daripada pelang­garan itu, kenderaan terbabit kemudiannya melanggar tiang lampu berhampiran sebelum terbalik di susur keluar ke Midvalley Megamall.

‘’Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit rosak teruk. Pihak Bomba mengeluarkan mangsa yang maut kerana tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Markandan, kesemua mangsa yang cedera parah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat meng­ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Utusan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles