Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Terbabas Rempuh Tiang Lampu

$
0
0

Seorang pelajar Tingkatan Dua maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang merempuh tiang lampu di Jalan Genting Klang menghala Taman Melawati, di sini, tengah hari tadi. - Foto NSTP

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Dua dua maut, manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal ditunggang merempuh tiang lampu di Jalan Genting Klang menghala Taman Melawati di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu jam 12 tengah hari, Muhammad Hafiz Mohd Saufe, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin, berkata motosikal jenis MODENAS Kriss ditunggang Muhammad Hafiz dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh di lokasi kejadian sebelum terbabas.

“Lokasi kemalangan mempunyai tiga lorong dan mangsa menunggang di lorong paling kanan. “Siasatan awal mendapati mangsa terbabas sendiri sebelum melanggar tiang lampu di pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat Muhammad Hafiz dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang membonceng, Farhan Hakeem Sufian, 14, cedera di tangan dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082