Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pengganggur Dipenjara 18 Tahun, 5 Sebatan Kerana Bakar Isteri

$
0
0

kasus-aneh-manusia-terbakar-sendiri-benarkah-karena-kutukan

 

KANGAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan ke atas seorang penganggur kerana membakar isterinya di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Macang di sini, dua tahun lalu.

Hakim Azhar Mokhtar mendapati Akmal Zakwan Ahmad Zaini, 24, bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Selain itu, tertuduh dikehendaki membayar RM2,000 sebagai kos pendakwaan atau dipenjara tambahan dua tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, Akmal Zakwan didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Nurul Syafikah Ismail, 24, di Lot 258 Kampung Abi Padang Macang, Kangar dengan menggunakan api pada 6 Julai 2014, jam 9.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, Azhar berkata, kesalahan dilakukan tertuduh adalah sangat serius kerana meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa yang juga isterinya. “Kesan dialami bukan hanya kepada kecederaannya tetapi penerimaan masyarakat terhadap keadaan mangsa selepas kejadian itu,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082