Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Tukang Kebun Warga Pakistan Dipenjara 14 Tahun Rogol Pelajar Lembam

$
0
0

Rogol2

 

KUALA LUMPUR – Seorang tukang kebun warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar lembam tahun lalu.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut kepada tertuduh, Umar Zeb, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Ogos 2015.

Mengikut pertuduhan, Umar didakwa merogol seorang pelajar perempuan di dalam bilik transit, aras satu, bangunan sekolah menengah di Putrajaya antara pukul 3 dan 4 petang bulan Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles