Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kereta Peronda Terbabas, 2 Anggota Polis Cedera

$
0
0

image

 

SUNGAI PETANI – Dua anggota polis cedera dalam nahas jalan raya selepas kereta peronda yang mereka naiki terbabas dan melanggar papan iklan di Kilometer 108.6 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata pemandu kereta peronda itu, Koperal Shuimi Sofian,50, cedera di bahagian mulut dan badan.

“Manakala, seorang lagi anggota polis, Koperal Rodowan Abd Majid, 50, turut cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.20 petang itu dan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim terlibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke Kulim.

“Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila mangsa yang tugas operasi saman tertungak di Bukit Kayu Hitam yang dalam perjalanan pulang ke Kulim selepas tamat tugas dipercayai terbabas di sebelah kiri jalan dan terlanggar papan iklan tersebut.

“Kedua-dua anggota itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap cedera ringan di bahagian di bahagian badan dan mulut,” katanya.

Justeru itu, Md Zukir berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles