Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

4WD Terbabas, 1 Maut Tercampak Keluar Dari Kenderaan

$
0
0

eksid.transformed

 

KEMAMAN: Seorang kanak-kanak perempuan warga India maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu bapanya di Kilometer 117, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, pagi tadi.

Siavika Sai Mahalakshmi, 6, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari pacuan empat roda (4WD) dipandu bapanya, Chinimili Vekateswara Rao, 43, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ibu mangsa, Telangi Padna Tulasi, 40, dan kakaknya, Chinmili Niharika Sulachana, 8, turut berada dalam kenderaan itu namun hanya cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata semua mangsa adalah warga India yang menetap di bandar Kerteh kerana bapa mangsa adalah pengurus sebuah syarikat perindustrian di sini.

Katanya, nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa terbabas sebelum terbalik ketika melalui selekoh dalam keadaan hujan lebat di lokasi terbabit.

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang dipercayai tercampak keluar ketika kenderaan terbalik dan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk diterbangkan balik ke India,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles