Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Temui Mayat Reput Setelah Dapat Aduan Bau Busuk

$
0
0

ilustrasi-mayat-5699d17df77e6167058c565a

 

NILAI – Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di atas kerusi malas di rumah sewanya di Taman Semarak Nilai.

Mayat Lum Siew Meng, 57, ditemui pihak polis selepas mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memberitahu ada bau busuk dari arah rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon pada pukul 6.40 petang.

Menurut beliau, mangsa yang merupakan pemandu teksi dijumpai mati bersandar di kerusi malas dalam keadaan badan dipenuhi ulat serta kulit badan tertanggal.

“Saksi memberitahu, oleh kerana bau terlalu kuat datang dari rumah si mati maka beberapa jiran lain meminta tengokkan apa yang berlaku. Semasa pergi ke rumah tersebut didapati pintu dan jeriji besi termasuk pintu bilik si mati tidak berkunci.

“Unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan ketika memeriksa mayat mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mangsa dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles