Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 14 Individu Terbabit Gerakan IS

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan 14 individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam gerakan kumpulan militan IS.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata mereka ditahan dalam operasi oleh Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman dari 17 Mei hingga semalam, di sekitar ibu negara, Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Johor.

“Semua suspek adalah rakyat tempatan berusia antara 22 hingga 49 tahun yang disyaki terbabit menyalurkan dana, mempromosi dan cuba menyertai perjuangan kumpulan militan itu di Syria.

“Mereka diberkas susulan penahanan 15 suspek militan IS pada 22 hingga 24 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082