JOHOR BAHARU: Seorang individu lelakk warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu hari ini selepas mengaku menyembunyikan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk ke negara ini.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak setelah Dedi Supriyadi, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas lima saksi warga asing memberi keterangan mengikut Seksyen 396 Kanun Acara Jenayah.
Dedi dituduh mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdangan Orang atau Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didapati telah menyembunyikan 30 orang PATI di Jalan Sawi, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi pada 4.30 petang, 1 Julai lalu.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Noridayu Md Kassim dan tertuduh diwakili peguam Mohd Hazza Khalid.