Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

11 Syarikat Pelancongan Pakej Umrah Dibatal Lesen

$
0
0

penipuan-umrah

 

ALOR GAJAH – Sebanyak 57 kes berkaitan kesalahan pengendalian pakej umrah membabitkan 12 syarikat dengan jumlah kompaun kira-kira RM240,000 direkodkan sejak 2012 hingga April lepas.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lesen 11 syarikat itu dibatalkan manakala lesen pelancongan luar negara sebuah lagi syarikat ditarik balik.

Katanya, selain itu, sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM20.77 juta dalam tempoh yang sama.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan sebanyak 216 kes penipuan pakej umrah atau haji dengan nilai kerugian kira-kira RM9.1 juta dalam tempoh masa sama.

“Semua kes ini melibatkan kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah,” katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan 2016. Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles