Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Kereta Terbakar Di Larkin Perdana Dipercayai Ada Unsur Khianat

$
0
0

enjign1.transformed

 

JOHOR BAHRU: Tiga pemilik kereta mengalami kerugian lebih RM80,000 selepas kenderaan mereka terbakar dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat dalam kejadian di Larkin Perdana di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata kejadian berlaku di tempat letak kenderaan Blok A Pangsapuri Seri Impian, Persiaran Larkin Perdana di sini, kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, tiga kenderaan terbabit ialah jenis Volvo XC90 yang hangus di bahagian enjin hingga cermin hadapan, Toyota Vios dengan kesan terbakar di bahagian belakang dan Honda Civic yang terbakar di bahagian bawah kiri penumpang.

“Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak Forensik Bomba dan Forensik Polis dan pemeriksaan awal tidak menolak kemungkinan insiden itu adalah perbuatan jenayah iaitu khianat dengan api.

“Pihak Polis menyeru orang ramai yang melihat atau mengetahui atau mempunyai apa juga maklumat agar tampil memberi kerjasama membantu siasatan sehingga tertangkapnya orang yang disyaki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sulaiman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun keseksaan kerana khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082