MELIHAT kekejaman kepada haiwan kesayangan ramai iaitu kucing, seperti kejadian yang menimpa ke atas seorang pengguna Facebook baru-baru ini, pastinya membuatkan ramai pencinta haiwan itu mengalirkan air mata.
Kelmarin, Farah Fasci meluahkan rasa kecewanya di media sosial apabila tiga ekor kucing miliknya didapati telah diracun sehingga mati oleh jirannya sendiri.
Menurut Farah, dalam kejadian 22 Mei itu, dia mula menyedari tingkah laku pelik salah seekor kucingnya yang menggeluarkan buih pekat di bahagian mulut.
Ia kemudian disusuli dua lagi kucingnya serta tidak lama selepas itu, ketiga-tiga haiwan itu mati.
Difahamkan, jirannya itu telah memberikan haiwan tersebut sejenis racun berwarna biru yang digaulkan bersama ikan bilis.
Kami cukup tidak faham bagaimana segelintir manusia yang sanggup melakukan kezaliman sehingga membunuh dengan meracun binatang yang tidak berdosa ini. Agaknya sudah dah hilang akal!
Posting yang dimuat naik pada Isnin itu sehingga kini mendapat perkongsian lebih daripada 4,800 dan ribuan maklum balas yang menggesa agar dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segara.
Di bawah kami kongsikan luahan penuh saudari Farah yang turut menasihati penduduk di Taman Batu Gajah Perdana, Pusing, Perak agar lebih berwaspada dengan segelitir manusia yang berhati binatang itu. -MYNEWSHUB.CC