Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kastam Rampas Syabu Bernilai RM3.5 Juta Cuba Diseludup Di KKIA

$
0
0

kastam

 

KOTA KINABALU: Kastam Sabah menumpaskan cubaan menyeludup syabu seberat 6.239kg bernilai RM3.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 21 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata seorang lelaki berumur 34 tahun ditahan ketika mengambil bagasinya kira-kira pukul 3.40 petang selepas tiba dari Kuala Lumpur.

“Dadah itu dibungkus dalam enam bungkusan plastik dan dibalut dengan surat khabar lama sebelum dimasukkan dalam satu kotak.

“Kita mencurigai kandungan kotak itu dan melakukan imbasan terhadap kotak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Janathan berkata pihaknya percaya lelaki itu mungkin terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah kerana berat dan nilai rampasan adalah besar.

Ditanya mengapa bagasi lelaki itu tidak diimbas terlebih dahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, beliau berkata kastam biasanya tidak melakukan pemeriksaan bagasi untuk penerbangan domestik.

Jelasnya, ini kerana barang melalui penerbangan domestik tidak melibatkan duti kastam.

“Bagaimanapun, memandangkan Sabah sering menjadi transit penyeludupan dadah, kastam negeri sentiasa membuat pemeriksaan, termasuk menggunakan anjing pengesan untuk mengesan dadah,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles


Novel : Kahwin Ganti 2


Novel : Kahwin Ganti 3


Balai baharu cekapkan tadbir urus polis Beladin


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Kahwin Ganti 6