Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

20 Ditahan, 127 Komputer Dirampas

$
0
0

PELABUHAN KLANG 29 December 2015. Anggota Polis dan kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama barangan yang dirampas, 34 set komputer riba, 157 set komputer dan tujuh modem dalam serbuan 10 premis judi dalam talian, Ops Dadu Bersepadu.  Ihsan Polis

ANGGOTA Polis dan kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama barangan yang dirampa dalam serbuan 10 premis judi dalam talian, Ops Dadu Bersepadu. – Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman menahan 20 individu dalam tujuh serbuan berasingan menerusi Ops Dadu di sekitar Cheras dan Ampang, semalam.

Dalam serbuan bermula jam 4.30 petang itu, polis turut merampas 127 set komputer dan komputer riba yang digunakan untuk kegiatan perjudian berkenaan.

Ketua Penolong Pengarahnya, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata antara yang ditahan adalah 12 pemain dan lapan penjaga premis, termasuk warga Bangladesh serta Indonesia, berusia antara 20 tahun dan 45 tahun.

“Operasi turut mengesan dua lelaki yang dikehendaki polis mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan lanjut mendapati, premis berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan mereka secara tersembunyi dengan hanya memfokuskan kepada pelanggan tetap saja, selain di sekitar kawasan premis terbabit dikawal oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Turut dirampas, buku dan dokumen perniagaan serta wang tunai berjumlah RM2,064. Khairi berkata, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a), Seksyen 7(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, selain Seksyen 55(B) Akta Imigresen.

“Semua tahanan dan hasil rampasan akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Ampang untuk siasatan lanjut,” katanya.

-BH


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082