Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Cedera Kereta Terbalik Di LPT2

$
0
0
KEADAAN kereta terbabas sebelum terbalik. FOTO ihsan pembaca

Sumber myMetro

 

Hulu Terengganu: Pegawai polis kanan wanita, ibu mentua serta anaknya nyaris maut apabila kereta terbabas sebelum terbalik di Kilometer 390 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) di Bukit Besi-Ajil, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 3 petang itu, kereta dipandu Inspektor Nurul Farawahida Ahmad Bistari, 32, yang bertugas di cawangan khas Bukit Aman dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Tumpat, Kelantan.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan.

Berikutan kejadian itu kenderaan yang dinaiki mangsa bersama anak dan ibu mentuanya, Norizan Mat Husin, 54, berpusing sebelum terbalik.

Anaknya, Muhammad Afeeq Naufal Mohd Afif, 7, patah kaki kiri manakala Nurul Farawahida dan Norizan hanya cedera.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082