Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Kakitangan Awam Didakwa Guna Sijil Cuti Sakit Palsu

$
0
0

SEREMBAN 30 MAY 2016. (For all) Tiga individu ketika dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Seremban susulan terbabit dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

 

SEREMBAN: Tiga kakitangan awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu sejak dua tahun lalu.

Mazlan Ahmad, 48; Rosyanizam Yahya, 38, dan Muhamad Hafiz Mohamad Sarpan, 33, yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Mazlan didakwa dengan tiga pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit kerajaan palsu dengan tujuan menipu di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sini, antara 2 November 2015 hingga 12 Disember 2015.

Rosyanizam pula, didakwa dengan 13 pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit kerajaan palsu dengan tujuan menipu di tempat sama, antara 22 Disember 2014 hingga 18 April 2016.

Muhamad Hafiz didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit kerajaan palsu dengan tujuan menipu di lokasi sama, antara 27 Februari 2014 hingga 20 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Mohd Pisol dan Ainnan Mohd Rasid, manakala semua tertuduh diwakili oleh Iwana Sakinah Mohd Lajis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin antara RM1,200 hingga RM1,700 bagi setiap pertuduhan, dan menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles