Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Didakwa Paksa Isteri Minum Racun

$
0
0

ilustrasi-racun_20150611_202006

 

KOTA BHARU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memaksa isterinya meminum racun selepas pasangan suami isteri terbabit mengalami masalah rumah tangga pada awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Abdullah Zaini, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Abdullah didakwa memaksa Syarifah Mohd. Yusoff, 35, untuk meminum racun di sebuah rumah di Kampung Pak Roman, Machang dekat sini pada pukul 6 petang, 2 Jun lalu.

Perbuatan itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082