Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sistem Kod QR Mudahkan Polis Selesai Kes Curi Motor

$
0
0

images

 

Langkawi: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi maju setapak ke hadapan apabila memperkenalkan sistem kod QR sebagai inovasi bagi memudahkan anggotanya menyelesaikan kes kecurian motosikal dalam waktu singkat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, sistem itu membolehkan pemilik dan penunggang motosikal didaftarkan dalam pangkalan data di IPD Langkawi menggunakan kod yang boleh dimuat turun secara percuma dari Internet.

“Selepas mendaftar, pengguna diberikan satu pelekat dengan kod QR untuk ditampal pada motosikal dan maklumat kenderaan itu boleh dipaparkan sejurus kod itu diimbas menggunakan telefon pintar,” katanya.

Sistem itu adalah inovasi kedua diperkenalkan pihaknya dalam tempoh sembilan bulan, selain muncul IPD pertama di negara ini yang melaksanakannya.

“Pada Oktober lalu, kami memperkenalkan inovasi kod QR untuk pengurusan barangan kes kesalahan trafik dan ia ternyata memberi kejayaan apabila mampu memberi penjimatan sebanyak RM4 juta setahun.

“Kini inovasi sama diperluaskan kepada jenayah curi motosikal pula yang sebelum ini mengambil masa untuk diselesaikan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082