Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Peragut Tetak Tangan Suri Rumah

$
0
0

KULIM 24 JULY 2016. (ASM857P) Anggota polis melihat kesan darah di kawasan rumah seorang wanita yang di tetak oleh peragut dalam satu kejadian di Taman Haruan,Kulim semalam.STR AZAHAR HASHIM

 

KULIM: Seorang suri rumah parah selepas pergelangan tangan kanannya ditetak peragut berhampiran rumahnya di Taman Haruan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu cedera akibat kesan tetakan sepanjang kira-kira enam sentimeter (cm), selain putus urat pergelangan tangan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di luar rumah untuk masuk ke kereta bagi menghantar tiga anaknya berusia antara 11 hingga 15 tahun ke sekolah.

Anak mangsa berusia 11 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Kamal berkata, seorang lelaki bertopi keledar secara tiba-tiba menghampiri lalu merentap beg tangan dibawa ibunya.

“Ibu dan lelaki itu bergelut sebelum ibu tiba-tiba menjerit kesakitan. “Lelaki itu melarikan diri menaiki motosikal yang ditunggang rakannya,” katanya di sini.

Difahamkan, mangsa yang tertiarap berlumuran darah dibantu jiran sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, mengesahkan kejadian berdasarkan laporan polis dibuat mangsa.

“Mangsa dilapor kerugian RM300 dan kehilangan dokumen penting. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082