Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

$
0
0

KOTA TINGGI, 24 Julai -- Antara mayat pendatang tanpa izin yang ditemui selepas bot pancung yang dinaiki karam di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi malam tadi.    Kerja menyelamat dan mencari yang masih dijalankan oleh polis, tentera, marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa agensi lain setakat ini berjaya menyelamatkan 34 mangsa dan tujuh mayat yang lemas. --fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

KOTA TINGGI: Empat lagi mayat ditemui, menjadikan keseluruhan lapan warga Indonesia terkorban dalam kejadian bot karam di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, seramai 34 mangsa terselamat manakala 21 yang lain dikhuatiri hilang selepas bot pancung dinaiki untuk menyusup keluar dari negara ini karam. Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang dalam kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, lapan yang meninggal dunia membabitkan dua lelaki dan enam wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi di sini untuk tindakan lanjut. “Seramai 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang selamat itu membabitkan 26 lelaki dan lapan perempuan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Mereka ditahan ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” katanya di sini.

Katanya, seramai 12 anggota Pasukan Polis Marin dan lima dari Jabatan Bomba dan Penyelamat meneruskan SAR di kawasan berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082