Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pengirim Wang Parah Disamun 3 Lelaki

$
0
0

samun

 

KLUANG – Ibarat sudah jatuh ditimpa ditangga. Seorang ejen pengirim wang bukan sahaja retak tulang leher dan luka pada mukanya malah mengalami kerugian RM33,650 akibat disamun tiga lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah rumah kedai di sini pada 6 Ogos lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan tersebut setelah dipukul tiga lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki membawa wang tunai tersebut menuju ke sebuah bank di sini sebelum didatangi tiga lelaki berusia 20-an dengan menaiki kereta Proton Wira.

“Dua daripada tiga suspek telah menarik mangsa masuk ke dalam kereta yang dipandu seorang lagi suspek sebelum mangsa dipukul dan diacukan pisau.

“Mangsa kemudian telah dibawa ke satu tempat sebelum dia ditolak keluar dari kereta terbabit dan suspek telah melarikan wang tunai RM33,650,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini semalam.

Mohamad berkata, pihaknya telah melakukan siasatan dengan memanggil dan merakam percakapan mangsa dan penyelia syarikat pengirim wang tersebut.

Jelasnya, polis kini sedang memburu suspek yang masih bebas dengan mengedarkan fotofit dua lelaki berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Abdul Aziz Mat Jaafar di talian 014-521 9136,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082