Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

[Video] Aksi 1 Keluarga Curi Tabung Masjid Durian Tunggal

$
0
0

curi tabung

 

ALOR GAJAH: Masjid adalah tempat beribadat, tetapi tiga sekeluarga menjadikannya sebagai ‘lubuk’ mencari rezeki dengan mencuri wang dalam tabung di Masjid An-Naim, Durian Tunggal, di sini, petang Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.53 petang itu, wajah dan aksi ketiga-tiga suspek dipercayai berusia antara lima tahun dan 30-an itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), yang dipasang di masjid terbabit.

Rakaman video berdurasi lebih dua minit itu menjadi viral di laman Facebook sejak semalam. Jurucakap masjid berkenaan yang enggan dikenali berkata, jemaah masjid menyedari tabung itu dipecahkan ketika bersiap untuk menunaikan solat Magrib dan memaklumkannya kepada pengurusan masjid.

“Rakaman CCTV menunjukkan tiga individu dipercayai sekeluarga bertindak memecahkan tabung. Seorang suspek memecahkan tabung menggunakan pemotong besi, manakala seorang wanita dan kanak-kanak perempuan pula mengawasi keadaan sekeliling.

“Suspek mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka kedua-dua tabung terbabit dan melarikan wang di dalamnya,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, pihaknya percaya keluarga itu berjaya melarikan lebih RM100 daripada tabung masjid itu susulan pihak pengurusan masjid sudah mengeluarkan wang kutipan dianggarkan lebih RM1,000 sehari sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles