Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ustaz Kazim Buat laporan Polis

$
0
0

Ustaz_Kazim.transformed

 

IPOH – Penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias semalam tampil membuat satu laporan polis terhadap Syed Azmi dan selebriti, Wardina Saffiyah yang menyebarkan dakwaan menerusi laman sosial Facebook mereka mengenai seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Menurutnya, selain beliau, tiga lagi laporan polis turut dilakukan oleh pihak mudir sekolah dan ibu-bapa pelajar yang didakwa terlibat dalam kes tersebut.

“Keputusan untuk membuat laporan ini dilakukan untuk mempertahankan diri berikutan ada komen-komen negatif di laman Facebook mereka yang secara langsung merujuk kepada diri saya.

“Selain itu, ada dalam kalangan netizen yang menggelarkan saya dengan perkataan-perkataan buruk selepas isu ini viral menerusi akaun Facebook mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah Ipoh di sini semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles