Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penduduk Bakar Lori Sebabkan Kemalangan Maut

$
0
0

image

 

SUNGAI BULOH – Sebuah lori dibakar penduduk yang berang selepas berlaku kemalangan maut di Puncak Alam Saujana Utama di sini, semalam.

Dalam insiden itu, pembonceng motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Dr Abdul Aziz Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam.

“Sejurus itu, pegawai penyiasat menuju ke lokasi bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam dan dapati ia berlaku di kawasan tapak pembinaan Puncak Bestari 2.

“Difahamkan, penduduk kampung hadir dan membakar lori berkenaan serta memecahkan cermin lori yang berada kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082