Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 5 Suspek Letup Mesin ATM

$
0
0

DUNGUN 05 SEPTEMBER 2016.  Anggota Forensik dan Unit Pemusnah Bom menjalankan siasatan ke atas sebuah Bank di Bandar Dungun selepas dua lelaki bertopeng meletup sebuah mesin ATM. STR/ROSLI ILHAM

 

MARAN: Polis menahan lima lelaki dipercayai suspek kes meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di Terengganu, September lalu. Mereka ditahan hasil risikan dan maklumat awam di kawasan Sungai Jerik, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, berkata kumpulan itu disyaki terbabit dalam kes meletupkan mesin ATM di Dungun, Terengganu pada awal September lalu membabitkan kehilangan wang tunai kira-kira RM320,000.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana membuat atau memiliki bahan letupan.

“Turut sama dirampas ketika penahanan suspek ialah dua unit bahan letupan buatan sendiri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini, sebentar tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles